Wednesday, June 6, 2012

Seram Malam Jumaat : Hantu Jepun Berkawad



Tibe2 aq ngah dalam mood seram
teringatlah citer hantu yg kwn aq cite
Seram!!!!
meh aq cite lek...

Waktu prep da abis...skitar jam 10.30
then,masa untuk bermunajat kpd Allah...solat isyak da
abis solat g dewan makan
tapi ade sekor makhluk Allah ni
die tros balik dorm coz die letih sangat
(maklumlah penat studi :P)

Nama die Mat Jenin *bukan nama btol
Mat Jenin tertido la kt atas katil
dengan masih berpakaian kemeja prep
x silap aq dorm die dorm 30
dorm aras atas skali


Tiba-tiba Mat Jenin tersedar dari mimpi.Perutnya memulas.Dia mengerling ke arah jam loceng di sebelahnya.Jam menunjukkan pukul 2 pagi.Rakan sebiliknya, Dollah Salleh telah lama lena diulit mimpi yang indah.Mat Jenin segera mencapai tualanya lalu berlari-lari anak ke bilik air yang terletak dihujung aras 3 hostelnya.


Sedang Mat Jenin melepaskan hajat, 
tiba-tida terdengar sayup-sayup bunyi hentakan kaki 
seolah satu pasukan tentera sedang berlari dan berkawad
Bunyi itu datang dari belakang asramanya
Semakin lama bunyi itu semakin dekat.
Mat Jenin tergamam sketika. 

‘Siapa pulak berkawad malam-malam buta macam ni.Takkan hantu jepun tengah berkawad kot’, 

Dicapainya tuala perlahan-lahan dan tanpa menoleh ke belakang lagi, 
Mat Jenin terus berlari masuk ke dalam bilik dan berselubung di dalam selimutnya.
Hatinya berdebar-debar
Bunyi hentakan kaki itu tidak lagi hilang.
Fikirannya mula terbayang kisah hantu Jepun yang terkenal di asrama-asrama sejak zaman berzaman lagi.
Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat Kursi.
Bulu romanya mula menegak.
Badannya seram sejuk dan kakinya menggigil.
Mat Jenin cuba melelapkan mata namun usahanya hanya sia-sia 
kerana setiap kali dia cuba menutup mata bayangan hantu askar jepun akan muncul di fikirannya.


Keesokan paginya, Mat Jenin dikejutkan dengan suara rakan sebiliknya.
“Damn!!!bau apa busuk ni, macam ada bau taik je.
Kucing mana pulak berak dalam bilik ni”, jerit Dollah 
Mat Jenin hanya diam seribu bahasa.
Sebaik sahaja Dollah keluar ke bilik air cepat-cepat Mat Jenin membuang tuala yang dipakainya.”
Nasib baik ada tuala spare”, bisik hatinya.


Selepas solat Subuh, Mat Jenin memberitahu peristiwa yang dialaminya semalam kepada Dollah

“Dollah, semalam kan aku ada dengar bunyi orang berkawad dekat belakang asrama kita.
Sumpah seram sampai pagi aku tak boleh tidur.
Ntah-ntah hantu jepun tak”


“Hantu kepala otak kau.
Itu pasukan kawad unit beruniform yang berlatih la
Hujung minggu ni dorang ada pertandingan.
Tu lah kau banyak sangat terpengaruh cerita hantu dekat TV tu”, jawab Dollah sambil tergelak.

“DAMN!”, kata Mat Jenin dalam hati.

Misteri bau busuk pagi itu masih menjadi misteri sehingga kini


P/s Memang patot pon name ko mat jenin...suke berangan jer lebih






No comments:

Post a Comment